Laman Bestari Ckgzam  
 
  INFO KRS 09/19/2024 1:07pm (UTC)
   
 

JADUAL PERJUMPAAN KRS TAHUN 2007/2008

PERJUMPAAN SETIAP HARI RABU JAM 8.00PAGI HINGGA 9.30PAGI DI PADANG SEKOLAH, KECUALI CUTI UMUM. PENASIHAT KRS.

PENGERTIAN LOGO KRS

Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.

 

Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.

 

Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.

 

Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

 

Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.

 

Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.

 

Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia.

 

Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.

 

http://krskinta.tripod.com/sitebuildercontent/sitebuilderfiles/krs.wma

LAGU KRS

Kadet Remaja Sekolah

Menuju satu ikatan bersaudara

Bersatu menjulang keamanan negara

Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal

 

Marilah kita membina peribadi

Membentuk insan yang kreatif

Ke arah kecemerlangan diri

Sepanjang masa yang berterusan

 

Remaja , sambutlah cabaran

Menjadi bangsa Malaysia

Maju dan cemerlang

Remaja berwawasan

Jangan kita lupa kepada pencipta

 

Remaja , hayati budaya

Ilmu, Iman dan Amal

Kekalkan di hati , dan jiwamu

Wawasan Kadet Remaja Sekolah


 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free